NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Drama `Zafrul masuk PKR’ wayang kerajaan sembunyi kelemahan sendiri – Pas



KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan polemik berhubung isu lompat parti melibatkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ‘wayang politik’ serta helah untuk kerajaan menyembunyikan kelemahan sendiri.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, ia juga strategi terdesak kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat seolah-olah satu pencapaian besar untuk negara.

Kata beliau, rakyat diajak menonton episod drama politik yang tiada nilai tambah kepada kehidupan mereka bertujuan menyembunyikan dua isu penting.

“Pertama, titah addendum yang semakin membongkar kebejatan proses pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

“Kedua, kegagalan kerajaan membawa usul ke Dewan Rakyat untuk menyokong Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merujuk Tun Dr. Mahathir (Mohamad) kepada siasatan pihak berkuasa.

“Dua isu besar yang sepatutnya menjadi perhatian rakyat, tetapi kerajaan memilih untuk menayangkan “kisah dongeng” PKR-Zafrul,”katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tambah Ahmad Fadhli, meskipun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh bangga mengumumkan ada perbincangan awal berkenaan penghijrahah Tengku Zafrul ke dalam parti itu, namun hakikatnya tiada siapa yang peduli.

Malah, realitinya, dakwa beliau, tiada rakyat yang akan mendapat sebarang manfaat daripada penyertaan seorang Menteri yang disifatkan beliau daripada kerajaan yang gagal ke dalam PKR.

“Apa gunanya ‘mesra’ dengan semua orang jika keperitan rakyat di bawah tidak pernah dibela?

“Adakah kerajaan gred D ini tiada agenda untuk rakyat? Nampaknya begitulah.

“Isu kos sara hidup yang semakin mencengkam, harga barang yang melambung, kebajikan penjawat awam di luar negara yang terabai – semuanya tiada dalam radar kerajaan.

“Sebaliknya, kita dihidangkan dengan berita sensasi dan ‘politik kosmetik’ untuk mencipta ilusi perubahan,” katanya.

Tambah Ahmad Fadhli, rakyat juga sebenarnya sudah bosan dengan taktik lapuk dan drama Tengku Zafrul menyertai PKR disifatkan tidak lebih daripada sekadar cakap-cakap kosong yang bertujuan mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar.

“Kerajaan ini semakin hari semakin hilang hala tuju, dan rakyat semakin sedar bahawa mereka sedang diperbodohkan dengan cerita politik picisan.

“Kalau inilah strategi kerajaan, tidak hairanlah mereka hanya layak digelar kerajaan GRED D – “D for Distraksi”,” katanya. – MalaysiaGazette










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo