NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Dosa besar’ Anwar boleh diampunkan, kenapa tidak Najib?



KUANTAN – Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendapat pengampunan penuh daripada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), sebelum beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sama seperti Anwar, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus mendapat pengampunan penuh daripada YDPA, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim.

Beliau berkata, titah pengampunan daripada YDPA perlu dihormati semua pihak.

Ini kerana, katanya, banyak faktor telah diambil kira dan pemerintah tertinggi negara itu mempunyai kuasa untuk menilai dan mengambil kira faktor utama dalam urusan pengampunan.

”Adakah AGC (Jabatan Peguam Negara) kini baru nak mengakui kewujudan Titah Adendum yang sebelum ini hanya dikhabarkan ‘hearsay’ sahaja oleh mahkamah?

”Kenapa baru sekarang hendak keluarkan kenyataan ini? Sudah berapa lama minta semak tentang kewujudan Titah Adendum ini tetapi ada pihak yang bertanggungjawab cuba menafikan,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan AGC  bahawa Najib perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan YDPA.

Kamil berkata, jika benara kenyataan Anwar baru-baru ini jyang menyatakan terdapat kecacatan dalam pendakwaan kes yang berprofil tinggi yang dibicara di mahkamah secara terburu-buru selepas PRU-14, maka bekas Presiden UMNO itu harus dibebaskan serta merta dan kesnya harus digugurkan.

Katanya, terdapat tangan ghaib yang cuba menganggu perbicaraan Najib selain terdapat terlalu banyak ketidakadilan seolah-olah hanya Najib yang melakukan semua itu.

Menurut Kamil, sebelum ini, semua pihak boleh akur dengan titah YDPA untuk membentuk Kerajaan Perpaduan kerana ia  menguntungkan kepentingan peribadi, sebaliknya terdapat banyak penafian Titah Adendum kerana khuatiri pihak-pihak tertentu akan hilang keyakinan dan kepercayaan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 16  (PRU-16).

Tambahnya, Najib berhak menuntut keadilan kerana banyak perkara diragui sepanjang pendakwaan berjalan. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo