NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Disekat keluar negara, Ramasamy dakwa kerajaan makin diktator




Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) mendakwa presidennya, P Ramasamy dihalang untuk keluar negara. 

 

Setiausaha Interim Urimai, Satees Muniandy berkata Ramasamy akan menerima Anugerah Keamanan dari Wali Nanggoroe Aceh, di Banda Aceh pada malam ini. 

 

“Dimaklumkan oleh pegawai imigresen bahawa Ramasamy disenarai hitam daripada meninggalkan negara.

 

“Difahamkan keputusan imigresen ini disebabkan oleh sekatan yang dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

 

“Apabila dihubungi, pihak SPRM memberitahu bahawa sekatan adalah atas arahan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 

Satees berkata sekatan itu dipercayai berpunca daripada siasatan SPRM mengenai Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang yang bermula pada minggu lepas. 

 

Katanya, Ramasamy sehingga kini tidak dipanggil SPRM tetapi suruhanjaya itu terus meletakkan  senarai hitam ke atas bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang itu. 

 

“Ramasamy berulangkali menyatakan bahawa beliau sedia disiasat bukan sahaja oleh SPRM tetapi mana-mana pihak berkuasa. 

 

“Kami juga difahamkan ada beberapa individu yang sangat beria-ia untuk menyasarkan Ramasamy dalam kes ini. 

 

“Adakah menjadi satu kesalahan untuk kritik kerajaan campuran sekarang sehingga perlu dilayan seperti seorang penjenayah?” soalnya.  

 

Beliau berkata SPRM tidak mempunyai asas untuk menghalang Ramasamy keluar negara. 

 

Katanya, ini kerana mereka yang sedang didakwa di mahkamah pun dibenarkan meninggalkan negara dengan kebenaran mahkamah.

 

“Apakah asas untuk seseorang dihalang daripada keluar negara atas alasan ‘siasatan’. Pejabat Wali Nanggoroe Aceh sudah membuat segala persiapan protokol untuk menerima Ramasamy. 

 

“Kami menyatakan kekesalan kepada Pejabat Wali Nanggoroe kerana tidak memenuhi jemputan mereka pada malam ini. 

 

“Kami menyatakan bahawa kami tidak dapat hadir kerana politik Malaysia sedang menjadi lebih diktator di bawah rejim Madani ini,” katanya. 



Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo