NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Desakan gugurkan Hannah tak perlu dilayan- Kamil



AMPANG – Desakan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) agar kerajaan mengambil tindakan mengugurkan Menteri Beliau dan Sukan, Hannah Yeoh tidak perlu dilayan. 

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, ia hanya adalah keputusan peribadi pihak tertentu menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian.

“Dia yang mendesak Anwar untuk (Hannah) letak jawatan buat apa nak ikut desakan itu, dia tidak faham isu dan ini bukan perkara yang baharu. 

“Kalau dia (Hannah) ada kesalahan dari segi sudut undang-undang, biar pihak berkuasa ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya pada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rentap Pandan Madani 2024 di sini malam tadi. 

Pada 26 Disember, Bersatu telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan mengugurkan Hannah daripada barisan Kabinet. 

Tindakan itu susulan keputusan dan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  terhadap saman fitnahnya ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia juga berikutan pengakuan Hannah yang bertentangan dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia. 

“Siasatan dan tindakan undang-undang perlu dikenakan terhadap Hannah dan penerbit buku Becoming Hannah yang mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.

“Dalam penghakiman mendapati kenyataan Musa tidak bersifat fitnah dan Hannah sendiri melalui bukunya mengakui peranannya sebagai ‘duta tuhan’ dan usaha menyebarkan ajaran Kristian secara halus di Malaysia.

“Walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengharamkan buku tersebut, tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan keharmonian antara agama di Malaysia terpelihara dan undang-undang negara dihormati semua pihak,” kata Mas Ermieyanti dalam kenyataan. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo