- Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad berkata laporan JKD itu adalah dokumen laporan pendidikan paling komprehensif dan terkini yang kita miliki pasca Covid-19 melanda negara.
- Pasca Covid19 tiada laporan lain yang boleh diketengahkan ketika ini, melainkan laporan JKD yang sekali gus menjadikannya sumber paling utama untuk melakukan Reformasi Pendidikan Negara.
- “Malah, dokumen JKD tersebut sepatutnya dikongsikan secara terbuka kepada seluruh rakyat bagi meneliti isi kandungannya. Biar rakyat berbincang tentang Reformasi Pendidikan bagaimana yang mereka impikan.
- “Antara tahun 2019-2024, satu-satu laporan yang boleh menjadi sumber utama untuk kita laksanakan Reformasi Pendidikan menjelang tamatkan PPPM 2025 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) nanti ialah Laporan Kajian Dasar Pendidikan 2019. Sayang sekali jika laporan sepenting itu diabaikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Sudah tiba masanya Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan (JKD) yang disiapkan pada 2019 dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada Reformasi Pendidikan pasca 2025, kata Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad.
Anuar berkata laporan JKD itu adalah dokumen laporan pendidikan paling komprehensif dan terkini yang kita miliki pasca Covid-19 melanda negara.
Katanya, pasca Covid19 tiada laporan lain yang boleh diketengahkan ketika ini, melainkan laporan JKD yang sekali gus menjadikannya sumber paling utama untuk melakukan Reformasi Pendidikan Negara.
“ Malah, dokumen JKD tersebut sepatutnya dikongsikan secara terbuka kepada seluruh rakyat bagi meneliti isi kandungannya. Biar rakyat berbincang tentang Reformasi Pendidikan bagaimana yang mereka impikan.
“Kita seringkali mendengar laungan kepimpinan pendidikan negara untuk melakukan reformasi pendidikan, tetapi apa sumber asas Reformasi Pendidikan yang inginkan mereka gunakan sebagai panduan?
“Antara tahun 2019-2024, satu -satu laporan yang boleh menjadi sumber utama untuk kita laksanakan Reformasi Pendidikan menjelang tamatkan PPPM 2025 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) nanti ialah Laporan Kajian Dasar Pendidikan 2019. Sayang sekali jika laporan sepenting itu diabaikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Menerusi hantaran itu, Anuar turut berkongsikan tangkap layar beberapa laporan media tempatan berkenaan laporan JKD antaranya bertajuk, “JKD ditubuhkan bagi kaji dasar pendidikan negara” yang diterbitkan pada 2018 dan laporan artikel bertajuk, “Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara terima lebih 5,000 maklum balas” dan “Laporan JKD diserah kepada Menteri Pendidikan” yang mana masing-masing diterbitkan 2019.
Artikel “Laporan JKD diserah kepada Menteri Pendidikan” bertarikh 3 Mei 2019 itu antara lain menyatakan Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti secara menyeluruh laporan JKD itu sebelum dibawa untuk perhatian Jemaah Menteri.
JKD ditubuhkan melalui cadangan mesyuarat Jemaah Menteri yang meminta Kementerian Pendidikan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji semula dasar pendidikan negara, termasuk menambah baik kurikulum dan sistem pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga universiti.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment