SHAH ALAM – Berkat sabar seorang anak menyampaikan dakwah akan kebenaran Islam terhadap ibu sendiri akhirnya berjaya membuka pintu hati seorang warga emas memeluk Islam pada usia 101 tahun.
Kisah itu dikongsikan Presiden Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung di hantaran Facebooknya pada Sabtu.
Menurut Firdaus, beliau dihubungi rakannya yang merupakan seorang peguam untuk membantunya mengIslamkan ibunya yang telah beliau dakwahi selama ini.
“Saya dihubungi sahabat saya yang merupakan seorang peguam, Dato Mohd Daud Leong untuk membantunya mengIslamkan ibunya yang telah dia dakwahi selama ini.
“Setelah bertahun-tahun lamanya Dato Mohd Daud Leong berdakwah kepada ibunya, akhirnya ibunya bersetuju untuk menerima & memeluk agama Islam,” tulis Firdaus dalam catatan itu.
Firdaus berkata warga emas dari Shah Alam itu turut mengakui penghijrahan yang dilakukannya bukan kerana dipaksa sesiapa.
“Kami bertutur dalam dialek Kantonis.
“Aunty, ada Chai Chai (panggilannya kepada Dato) paksa aunty masuk Islam ke?”, saya cuba dapatkan pengesahan kerana tiada paksaan memeluk Islam.
“Aunty menjawab dengan tenang, “Takde la. Mana ada. Saya sendiri mau masuk Islam,” tulis Firdaus, menyatakan perasaan lega saat mengetahui warga emas itu tidak dipaksa memeluk agama Islam.
Berkongsi lanjut, Firdaus memaklumkan beliau membantu warga emas berkenaan melafazkan kalimah syahadah dalam Bahasa Arab satu demi satu dan disusuli dengan terjemahan maksud syahadah dalam dialek Kantonis.
Katanya, selesai sahaja syahadah Mohd Daud terus memeluk dan mencium ibu tercintanya.
“Ya saya faham perasaan itu. Seolah-olah saya mengimbas kembali pada tahun 2019 ketika mengislamkan ibu saya sendiri.
“Anak mana yang tidak mahu melihat ibu bapa mereka turut memeluk Islam dan bersama mereka di jannah. Mereka hanya mampu menyampai dan mengajak tetapi tidak boleh sesekali memaksa,” katanya. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment