NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Apa jeneral macam ni, terjerit-jerit’ – Mohd Sany



KUALA LUMPUR – Kelantangan suara Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan menghangatkan Dewan Rakyat sebelum berhenti rehat hari ini.

Beliau dilihat menggunakan peluang untuk menempelak beberapa anggota dewan blok pembangkang.

Mohd Sany ketika diberikan ruang oleh Timbalan Speaker, Alice Lau membidas beberapa ahli-ahli Parlimen pembangkang antaranya, Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) dan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh).

Mohd Sany menyindir Khlir kerana menunjukkan sikap terjerit-terjerit ketika membahaskan RUU berkenaan yang diibaratkan telah melanggar Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

“Tadi Ketereh (Khlir) bukan main lagi, apa jeneral macam ni? Terjerit-jerit…apalah Ketereh ni orang tanya elok-elok tadi,” katanya.

Terdahulu, beberapa ahli Parlimen pembangkang membuat teguran terhadap Mohd Sany atas sikapnya yang didakwa terlalu agresif ketika berhujah.

Antara yang membuat teguran itu, iaitu Datuk Mohd Radzi Jidin (PN-Putrajaya) dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).

Kedua-dua ahli Parlimen berkenaan termasuk Awang Hashim bangkit dari tempat duduknya lalu menempelak kembali Mohd Sany yang dilihat berhujah secara keras apabila menuduh pembangkang sering berpolitik menggunakan fitnah dan adu domba.

Mendengarkan perkara itu, Alice kemudiannya menegur Mohd Sany agar berhujah dengan cara yang elok.

“Yang Berhormat Hulu Langat (Mohd Sany) boleh berbahas baik-baik ke,” katanya.

Mohd Sany kemudian cuba mempertahankan dirinya dengan menyatakan apa yang dihujah sudah terlalu baik namun hanya cara penyampaiannya sahaja yang agak keras.

Alice kemudiannya meneruskan sesi perbahasan dengan memberikan laluan kepada Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) untuk berbahas. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo