NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor



SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman menerusi kenyataan memaklumkan, untuk jawatan Timbalan Pengerusi 1 dan 2 pula masing-masing disandang Pengerusi DAP Selangor Ng Sze Han dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Izham Hashim.

“Mesyuarat Agung Tahunan Pakatan Harapan Selangor yang diadakan petang semalam di Shah Alam, dihadiri 450 perwakilan daripada PKR, DAP dan Amanah.

“Barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025, diluluskan secara sebulat suara dalam mesyuarat agung itu,” katanya.

Berikut senarai AJK Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025:

Pengerusi Tetap: Zulfadzlee Shah Shaharuddin (Amanah)

Timbalan Pengerusi Tetap: Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar (DAP)

Pengerusi: Datuk Seri Amirudin Shari (PKR)

Timbalan Pengerusi 1 : Ng Sze Han (DAP)

Timbalan Pengerusi 2 : Izham Hashim (Amanah)

Naib Pengerusi 1: Datuk Borhan Aman Shah (PKR)

Naib Pengerusi 2: V. Ganabatirau (DAP)

Naib Pengerusi 3: Azli Yusof (Amanah)

Setiausaha : Dr Mohd Khairuddin Othman (PKR)

Penolong Setiausaha 1: Yeo Bee Yin (DAP)

Penolong Setiausaha 2: Kamarul Hisham Yeoh Hashim (Amanah)

Bendahari: Jamaliah Jamaluddin (DAP)

Penolong Bendahari 1: Elizabeth Wong Keat Ping (PKR)

Penolong Bendahari 2: Mazwan Johar (Amanah)

Ketua Penerangan: Abbas Salimi Che Adzmi@ Azmi (Amanah)

Penolong Ketua Penerangan 1: Halimey Abu Bakar (PKR)

Penolong Ketua Penerangan 2: Wong Siew Ki (DAP)

Ketua Pilihan Raya: Dr Yaakob Sapari (PKR)

Penolong Ketua Pilihan Raya 1: Tony Leong Tuck Chee (DAP)

Penolong Ketua Pilihan Raya 2: Zulkefli Mohd Nani (Amanah)

Ketua Pemuda Negeri: Wayne Ong Chun Wei (DAP)

Timbalan Ketua Pemuda Negeri 1: Muhammad Izuan Ahmad Kasim (PKR)

Timbalan Ketua Pemuda Negeri 2: Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Amanah)

Ketua Wanita Negeri: Rawiyiah Zakaria (Amanah)

Timbalan Ketua Wanita Negeri 1: Rozana Zainal Abidin (PKR)

Timbalan Ketua Wanita Negeri 2: Tiew Wey Keng (DAP)

Pengarah Strategik: Saifuddin Shafi Muhammad (PKR) –  BERNAMA









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo