BANGI, Isnin – Sikap murah hati Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin dan pempengaruh, Khairul Aming membantu mangsa banjir di Kelantan meraih pujian netizen.
Terdahulu, tular perbualan antara kedua-dua individu terbabit di TikTok yang mana Ameer memberitahu Khairul Aming boleh mengambil seberapa banyak stok barangan yang diperlukan untuk diagihkan kepada mangsa banjir tanpa bayaran sehingga musibah banjir selesai.
“Ambil seberapa banyak yang awak nak, tak perlu bantar orang, kredit kad atau apa-apa.
“Awak pm sahaja kepada saya kredit limit yang awak mahukan, katakanlah awak nak RM20,000, RM50,000 atau RM100,000.
“Lepas habis banjir nanti awak bayarlah. Kita percaya Khairul Aming,” katanya menerusi perbualan yang video yang dirakam tular di media sosial.
Selain itu, Ameer turut memaklumkan bahawa pihak Mydin juga akan bersama membantu menyumbang 5,000 lagi barang sebagai tambahan kepada pempengaruh itu.
Sebelum ini, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman memulakan misi membantu mangsa banjir di Kelantan sejak Sabtu lalu.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment