- Ahli politik dan pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia, menurut kajian firma penyelidikan pasaran, Ipsos.
- Kajian “Kepercayaan kepada Profesion” Ipsos yang diterbitkan hari ini menunjukan kedua-dua profesion itu menduduki tangga teratas “Top 5 profesion paling kurang dipercayai”, dengan masing-masing menerima 41 peratus dan 36 peratus undian responden.
- Kajian itu dijalankan dari 24 Mei hingga 7 Jun 2024 membabitkan 23,530 responden bawah 75 tahun, dari 32 negara, ditemubual secara online.
- Menduduki tangga ketiga “Top 5 profesion paling kurang dipercayai” adalah menteri kerajaan dengan 35 peratus, diikuti eksekutif pengiklanan dan pemimpin agama, kedua-duanya dengan 30 peratus undian responden.
KUALA LUMPUR — Ahli politik dan pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia, menurut kajian firma penyelidikan pasaran, Ipsos.
Kajian “Kepercayaan kepada Profesion” Ipsos yang diterbitkan hari ini menunjukan kedua-dua profesion itu menduduki tangga teratas “Top 5 profesion paling kurang dipercayai”, dengan masing-masing menerima 41 peratus dan 36 peratus undian responden.
Di tangga ketiga adalah menteri kerajaan dengan 35 peratus undian, diikuti eksekutif pengiklanan dan pemimpin agama, kedua-duanya dengan 30 peratus undian responden.
Kajian itu dijalankan dari 24 Mei hingga 7 Jun 2024 membabitkan 23,530 responden bawah 75 tahun, dari 32 negara, ditemubual secara online.
Menurut kajian itu, sekitar separuh populasi dunia secara purata menganggap ahli politik, pempengaruh media sosial dan menteri kerajaan sebagai tidak boleh dipercayai.
Kajian itu juga mendapati rakyat Malaysia lebih cenderung menunjukkan tahap ketidakpercayaan lebih rendah berbanding kadar purata di peringkat global.
Menerusi tinjauan yang sama, profesion guru merekodkan nilai kepercayaan paling tinggi dengan 59 peratus responden/rakyat Malaysia menganggap golongan itu boleh dipercayai.
Profesion doktor menduduki tangga kedua Top 5 profesion paling dipercayai dengan 55 peratus undian responden, diikuti saintis (49 peratus), tentera (49 peratus) dan hakim (38 peratus).
Kajian itu menunjukkan di peringkat global tahap kepercayaan terhadap doktor, saintis dan kakitangan perkhidmatan adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment