NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Adam Adli kena belajar, beza pertikaian dan persoalan - Akmal Saleh



KUALA LUMPUR – “Boleh tak beritahu ayat mana yang saya pertikaikan bidang kuasa pengampunan Agong?”

Itu cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh kepada Adam Adli Abdul Halim.

“Harap saudara Adam Adli boleh bezakan makna antara persoalan dan pertikaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum itu Adam Adli yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Dr Akmal mempertikaikan pengampunan diraja yang pernah dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dianggap cuba memesongkan fakta.

Menurutnya, sewajarnya Dr Akmal menarik semula kenyataan itu kerana ia memperlekehkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam proses pengampunan itu.- MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo