Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Allahyarham Tun Daim Zainuddin boleh sahaja mencipta lebih banyak kekayaan tanpa menceburi bidang politik.
Bekas perdana menteri itu berkata bagaimanapun Daim tidak berbuat demikian dan sanggup menceburi politik demi membangunkan anak Melayu.
“Daim sudah pun kaya pada 1981 ketika saya menjadi Perdana Menteri. Beliau membuat duit membangunkan Maluri di atas tanah 160 ekar.
“Untuk menjadi menteri, beliau perlu berhenti berniaga. Apabila berhenti berniaga maka tiada lagilah wang. Semasa saya menjadi Perdana Menteri pada 1981, saya dibayar RM8,000.
“Sebagai menteri, bayaran Daim kurang sedikit, Daim menjadi menteri kewangan dari 1984 hingga 1991, pastinya beliau tidak dapat membuat banyak wang,” katanya.
Tun Mahathir berkata Daim percaya kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mahu membangunkan segera anak muda Melayu.
Katanya, Daim memilih beberapa pemuda Melayu yang tiada pengalaman, modal dan kemahiran pengurusan untuk bermula di peringkat tertinggi.
“Untuk membangunkan rakyat Malaysia yang kaya tidak boleh bermula dengan menjual tom yam atau pisang goreng di tepi jalan. Daim mahu orang Melayu bermula dari atas.
“Bermula dari atas, beliau berikan projek kerajaan, kontrak, lesen dan lain-lain. Adakah ini salah guna kuasa? Jika bukan kerajaan, siapa lagi?
“Adakah sektor swasta yang kaya akan memberikan kontrak kepada mereka yang tidak berpengalaman dan tidak diketahui? Mustahil!” katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata walau DEB dilihat gagal namun dasar itu masih membantu sekumpulan orang Melayu.
Katanya, walau usaha Daim itu tidak mencapai matlamatnya namun pada hakikatnya Daim tidak membina kekayaan untuk diri sendiri.
“Ya idea Daim tidak berjalan seperti yang dirancang. Tetapi fikirkan bagaimana jika Daim menumpukan untuk mengayakan diri sendiri?
“Beliau mungkin mengumpul RM50 bilion hari ini. Tetapi sudah pasti beliau tetap akan didakwa orang sama yang pernah beliau bantu,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
Datuk Yip Kum Fook tidak putus-putus melakukan kejahatan, kini sudah berusia 70 tahun dan masih menjana pendapatan di usia muda. Dia membayar wang kepada seseorang yang pakar dalam komputer untuk memadam WEB, BLOGGER, YOUTUBE, dll., tentang siapa yang menyiarkan dan mengulas tentangnya
ReplyDeleteBeberapa laman web tidak menyebutnya dan juga dia memadamnya, ini adalah fikiran kotor, dan web mempunyai banyak dokumen atau dokumen penting juga hilang, kita tahu Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya melakukannya, kita akan menghantar aduan kepada manusia PBB hak untuk mengurus perkara ini
Mengadu kepada kerajaan Malaysia tiada kesan kerana Datuk Yip Kum Fook ada wang untuk menutup mulut kerajaan, tetapi kerajaan diam seperti kucing dan tikus...Simon Low Kok Meng sangat diam seperti tikus kerana Datuk Yip membayar wang untuk hidup. (Simon Low tidak perlu mempunyai pekerjaan sehingga sekarang)
Orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain perlu berhati-hati kerana jika IC anda hilang, anda perlu laporkan kepada polis secepat mungkin, abang saya bernama Ah Chong(Ng) telah ditipu ICnya oleh Datuk Yip Kum Fook
Lim, Ho, Chong…..Taman Desa Jaya….Kepong