NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak timbul isu BN keluar kerajaan, PN pelawa secara terbuka – Shahidan



KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu Perikatan Nasional (PN) mengajak Barisan Nasional (BN) meninggalkan kerajaan perpaduan kerana ia dibuat secara terbuka.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pelawaan tersebut bukan dibuat secara sorok-sorok seperti yang didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu kami bersyarah dah, tentang PN nak suruh (BN) keluar kerajaan, itu secara terbuka, nak sembunyikan apa? Semua orang sebut.

“Ucapan nak (ajak) UMNO join kami itu tak berhenti kami cakap, atas semangat bumiputera Melayu dan Islam kita bersatu.

“Kita (ajak) bersatu bukan nak bergaduh dengan orang, kita bersatu nak kuat,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Shahidan, beliau bersama pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang lain sentiasa mengajak Barisan Nasional (BN) bersama-sama untuk membentuk kerajaan yang baharu atas semangat penyatuan ummah.

Katanya, tindakan itu bukan lagi satu rahsia memandangkan ia pernah beberapa kali dibangkitkan secara umum termasuk dalam siri pertemuan di Dewan Rakyat.

“Biar saya semak dulu (dakwaan kata saya adakan pertemuan bersemuka dengan Ahmad Zahid untuk tujuan demikian) sebab benda ini serius tetapi dalam ucapan mengajak UMNO sertai kami (PN) memang tak berhenti kami bercakap, orang Pas dalam ucapan mereka pun ada ajak atas semangat Bumiputera, Melayu dan Islam kita bersatu,” katanya.

Shahidan berkata, beliau tidak perlu menjadi dalang untuk memujuk BN keluar dari kerajaan kerana ada pemimpin dalam kerajaan hari ini yang lebih dalang apabila bekerjasama dengan DAP.

“Saya tak perlu jadi dalang atau penyamun tarbus, kalau saya nak sebut saya sebut terbuka, kalau saya nak cadang tukar kerajaan, saya cakap terus tukar kerajaan, yang dalang adalah mereka, orang yang kerjasama dengan DAP. Itu dalang, siapa tuduh saya dalang dia penyamun tarbus,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata, tidak benar tuduhan pihak luar terhadap PN yang didakwa membuat tawaran kepada BN keluar kerajaan kerana mereka hanya pembangkang yang tidak mempunyai dana.

“Kalau (Ahli Parlimen) Arau dikatakan tawar (BN) tarik balik sokongan kepada kerajaan perpaduan itu tak betul, apa yang kita (pembangkang) ada untuk tawarkan, kita pembangkang sudahlah peruntukan tak ada, kita nak tawar apa untuk mereka, kecuali mereka secara sukarela buat demikian jadi tuduhan itu tak berasas,” katanya.

Ahad lalu, Ahmad Zahid mendedahkan terdapat usaha untuk memujuk supaya BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad Zahid berkata, sebagai balasan, parti itu turut ditawarkan jawatan Perdana Menteri jika bersetuju dengan perancangan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menolak tawaran itu kerana tidak sanggup mengkhianati rakan dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini. – MalaysiaGazette






















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo