Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi berkata penyebaran video itu mungkin menyebabkan segelintir orang terpengaruh dan wakil rakyat didedahkan wajahnya telah dihukum terlalu awal.
“Apakah ia adil?,” katanya di Facebook sambil meminta penjelasan sama ada wajar untuk SPRM membenarkan perkara itu berlaku.
Beliau yang juga Adun Rengit turut mempersoalkan tindakan pemberi maklumat terbabit mahu memohon jaminan supaya dirinya tidak didakwa.
“Apakah motif rakaman itu disebar untuk mengugut SPRM? Kita memang menuntut perasuah ditangkap.
“Tetapi jangan separuh masak dan persepsi mendahului ketulenan. Kewibawaan SPRM akan tercemar,” katanya.
Minggu lalu, sebuah portal berita dalam talian melaporkan telah menonton lapan video daripada pemberi maklumat yang menunjukkan perbincangan antara seorang ahli perniagaan dan Adun mengenai rasuah untuk lesen projek.
Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menegaskan beliau tiada perkara untuk disembunyikan berhubung kes Adun negeri itu didakwa membincangkan rasuah untuk lesen projek, malah pihaknya akan membantu siasatan SPRM.
Malam tadi, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata peguam kepada pemberi maklumat terbabit ada bertemu pihaknya pada 30 Okt lalu untuk memberi maklumat terbabit dan meminta perlindungan serta imuniti di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010, supaya anak guamnya tidak disiasat dan dituduh di mahkamah.
Jelas Azam, namun agensi antirasuah itu tidak boleh memberikan imuniti terbabit sehingga kes dikemuka kepada pendakwa raya untuk keputusan.
Menurutnya, ketika pertemuan itu, pihaknya hanya diberikan satu audio yang kurang jelas berdurasi 17 saat dan kemudian peguam itu telah pergi ke sebuah portal berita serta memberi peluang untuk melihat video-video berkenaan.
“Ini satu helah (trick) yang tidak berpatutan. Kenapa kami yang berada di pihak penguatkuasaan kamu tidak percaya. Masa berjumpa dengan pegawai SPRM mereka katakan Akta Pemberi Maklumat 2010 tidak kuat dan tak memadai untuk anak guam mereka,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment