NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat untuk PM, kembalikan semula subsidi bil elektrik RM20

Keluhan Wan itu dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah di laman Facebooknya pada Rabu.


KOTA BHARU - Seorang rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama menyerahkan surat kepada wakil rakyat kawasan itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengembalikan semula subsidi bil elektrik RM20 dan ke bawah kepada golongan kurang berkemampuan.

Individu yang dikenali sebagai Wan itu berkata, berdasarkan kepada pengetahuannya manfaat itu hanya diberikan kepada penerima bantuan e-Kasih.

"Masih ramai orang tua dan kurang upaya tidak dapat pergi ke pejabat untuk urusan e-Kasih atau bil, lagipun orang kaya tidak akan guna bil elektrik pada RM20.

"Mereka (orang kaya) akan melebihi RM20. Orang kaya tidak akan mendapat manfaat," katanya dalam surat tersebut.

Menurutnya, kerajaan terdahulu pernah memberikan subsidi kepada rakyat yang mempunyai bil elektrik berjumlah RM20 ke bawah.

Ujarnya, ketika ini rakyat sangat gembira dan menyambut seruan itu dengan baik.

Wan berkata, jika perkara itu kembali dilaksanakan lebih ramai golongan kurang berkemampuan yang tidak tersenarai dalam e-Kasih akan mendapat manfaat.

Keluhan Wan itu dimuat naik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim di laman Facebooknya pada Rabu.

"Sebagai ADUN Kota Lama, saya berasa amat terpanggil untuk memastikan suara ini sampai kepada pihak yang berkenaan. Saya akan berusaha supaya mesej ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Madani.

"Sokongan rakyat amat penting dalam usaha ini, dan dengan doa serta usaha kita bersama, saya yakin kita mampu membina komuniti yang lebih sejahtera, berdaya saing, dan diberkati," ujarnya.



Sumber | Sinar Harian








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo