Dr Maszlee Malik menggesa Datuk Seri Tiong King Sing mengemukakan kad laporan pencapaiannya sepanjang dua tahun menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Bekas menteri pendidikan itu berkata laporan berkenaan penting bagi mengetahui pencapaian King Sing dalam menambah bilangan pelancong datang ke Malaysia.
“Harap menteri dapat kemukakan kad laporan pencapaian beliau sempena dua tahun menjadi menteri kerajaan campuran. Biarkan rakyat menilai,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kenyataan King Sing semalam.
King Sing menerusi coretan di laman Facebook miliknya menyelar tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Katanya, tindakan DBKL terhadap papan tanda dwibahasa mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas apabila wujud persepsi negatif di kalangan pelancong.
Maszlee berkata masalah kekurangan pelancong di Malaysia bukanlah kerana kurangnya papan tanda bahasa Mandarin.
Katanya, masalah itu timbul akibat kegagalan kementerian berkaitan menggandakan promosi menarik pelancong datang ke Malaysia.
“Pelancong tidak datang sebab promosi tidak rancak, produk pelancongan tidak semeriah di negara-negara lain dan kemudahan untuk pelancongan kita tidak bersepadu.
“Tiada aplikasi serbaguna buatan Malaysia yang boleh membantu pelancong mendapatkan maklumat bersepadu, memudahkan perjalanan dan memudahkan urusan pembayaran.
“Bukan tiada papan tanda Mandarin ya. Bangkok, Paris, Moscow, Bali dan London semua tiada papan tanda Mandarin tetapi kebanjiran pelancong jauh melebihi Malaysia,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment