NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saf baharu pemimpin Bersatu jadi ketumbukan padu hadapi PRU-16 – Hamzah



KUALA LUMPUR – Saf baharu kepimpinan parti Bersatu akan menjadi ketumbukan padu dengan cerminan kesiapsiagaan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka, Johor dan seterusnya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataannya hari ini berkata, akar umbi akan membuat keputusan esok.


“Insya-Allah esok akar umbi akan memilih barisan saf kepimpinan baharu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang bakal menjadi rupa wajah bukan sahaja dalam konteks pemerkasaan parti tetapi berkredibel, berkualiti, cukup flying hours dan menyakinkan rakyat,” katanya.

Sebelum itu Hamzah dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Presiden Bersatu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berundur manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai presiden. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo