BANGI, Rabu – Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua dibuat berdasarkan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata, faktor-faktor itu seperti rancangan perniagaan dan teknikal yang dikemukakan, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.
Katanya, ia juga termasuk sumbangan memberangsangkan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti JENDELA Fasa 1 dan projek penaiktarafan 4G yang selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.
“Melalui pemilihan ini, tanggungjawab pengawalseliaan terhadap U Mobile boleh dikuatkuasakan mengikut pematuhan yang ditetapkan.
“Jika terdapat ketidakpatuhan, penalti akan dikenakan. U Mobile, sebagai penyedia rangkaian 5G kedua dibenarkan untuk bekerjasama dengan rakan ekosistem lain tertakluk kepada kelulusan MCMC,” katanya.
Mengulas lanjut, MCMC berkata, suruhanjaya itu sedia maklum pegangan saham asing semasa yang dimiliki oleh U Mobile dan menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan SKMM akan sebarang perubahan pegangan saham asing syarikat.
SKMM berkata, menerusi penubuhan rangkaian 5G kedua itu, MCMC membuka jalan untuk fleksibiliti dan keterangkuman perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.
“Perkembangan ini menggalakkan persaingan dan mengukuhkan ketahanan industri serta membolehkan rakyat Malaysia menikmati sambungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan.
“MCMC akan terus memantau standard kualiti dalam kalangan semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan landskap kualiti yang kukuh dan boleh dipercayai,” ujarnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment