NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat mampu boikot U Mobile




Parti BERSATU mengingatkan Pengerusi U Mobile Tan Sri Vincent Tan kekal dalam arena perniagaan tanpa mencampuri urusan politik. 

 

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Vincent pastinya akan mempertahankan keputusan kerajaan demi mengaut keuntungan dan kekayaan.

 

Tauke judi mahakaya Vincent ini adalah antara beberapa individu yang akan mendapat manfaat berganda hasil daripada pemberian spektrum 5G kepada U Mobile. 

 

“Tetapi saya memberi amaran agar tauke judi Vincent jangan celupar mulut memberi komen berbaur politik kepartian. 

 

“Vincent mesti ingat bahawa rakyat Malaysia boleh pada bila-bila masa memboikot rangkaian U Mobile. Saya nasihatkan tauke judi ini kekal dalam dunia perniagaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas jawapan Vincent mengenai spektrum 5G kedua yang diberikan kepada U Mobile. 

 

Vincent semalam menyelar kerajaan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membangunkan 5G fasa pertama di bawah Digital Nasional Bhd (DNB).

 

Katanya, penyedia rangkaian sebelum ini bersedia melancarkan 5G dengan perbelanjaan sendiri, tetapi kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertegas mewujudkan rangkaian tunggal.

 

Wan Saiful berkata Vincent seharusnya sedar monopoli juga wujud dengan kerjasama syarikatnya dengan MRCB untuk membida projek mega High Speed Rail (HSR).

 

“Vincent juga semestinya maklum bahawa ramai pihak mempersoalkan hubungan beliau dengan seorang lagi mahakaya.

 

“Iaitu Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Salim Fateh Din yang merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif MRCB. 

 

“Media melaporkan bahawa MRCB membentuk konsortium bersama syarikat terkait Vincent dalam membida projek mega HSR,” katanya.

 

Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata dengan hubungan sebegitu hebat antara dua mahakaya Madani itu, ketelusan proses pemberian spektrum 5G kedua menjadi persoalan.   

 

“Vincent kata dia mahu hapuskan monopoli. Sedarkah dia bahawa monopoli tidak boleh dihapuskan dengan mewujudkan kronipoli?” soalnya. 



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo