NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PERKASA nafi sertai parti politik, kekal bersuara sebagai NGO




BANGI, Isnin – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menafikan dakwaan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyertai mana-mana parti politik.

 

Setiausaha Agungnya, Zul Karnain Mat Junoh berkata, PERKASA kekal sebagai NGO Melayu yang akan terus memperjuangkan hal ehwal berkaitan Melayu dan Islam.

 

“Ada menjadi ahli kepada Putra, UMNO, Bersatu, PAS dan PKR serta Amanah. Itu tidak menjadi masalah.

 

“Yang menjadi ahli parti adalah individu bukannya NGO PERKASA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dalam pada itu, Zul Karnain memberitahu PERKASA lebih dikenali sebagai NGO Politik yang sentiasa berkawan rapat bersama parti-parti Melayu yang tidak bersama-sama dengan parti DAP. 

 

Kata beliau, PERKASA dahulunya rapat dengan parti UMNO-BN kerana pada ketika itu UMNO tidak bersama DAP lagi. 

 

Namun sekarang, PERKASA kini rapat dan seiring dengan Parti Perikatan Nasional (PN) kerana mereka satu-satunya gabungan parti Melayu yang jelas menentang DAP. 

 

Tambahnya, PERKASA jelas menjauh daripada UMNO-BN sebelum tahun 2015 sebelum tercetusnya kes skandal terbesar negara iaitu 1MDB. 

 

“Bila PERKASA sudah menjadi rakan kepada gabungan parti tertentu yang menentang DAP, maka PERKASA mahu gabungan parti tersebut menjadi kerajaan dengan segera,” katanya. 

 

Ujarnya, ia susulan  DAP semakin galak memperjuangkan ‘Malaysian Malaysia’, hak sama rata dan mahukan kebebasan memilih agama termasuk orang Melayu tidak boleh dinafikan.

 

“Mana gabungan parti politik yang menjuarai kepentingan Islam dan Melayu, PERKASA akan bersama-sama mereka untuk matlamat perjuangan Perkasa tercapai demi Islam, Bahasa Melayu, Raja-Raja, Hak Istimewa Melayu, anak Negeri Sabah & Sarawak,” tegasnya.




Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo