NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penjara makin sesak, Jabatan Penjara setuju laksana Akta Tahanan Rumah




BANGI, Rabu – Jabatan Penjara Malaysia menyokong cadangan hukuman alternatif dengan mewujudkan Akta Tahanan Rumah bagi mendepani isu kesesakan di institusi penjara di Malaysia. 

 

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini mendedahkan, fasiliti penjara mengalami kadar pertambahan prospek yang melebihi daripada jumlah sebenar iaitu 87,419 orang berbanding 74,146 orang. 

 

Ujarnya, purata kadar pemenjaraan Malaysia adalah 245 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding kadar purata pemenjaraan dunia iaitu 145 bagi setiap penduduk. 


Dengan itu katanya, kadar yang tinggi berkenaan memberi petanda yang tidak baik untuk imej negara dari segi keselamatan dan kesejahteraan awam dari kacamata dunia. 

 

Tambahnya, untuk rekod jumlah terdapat 43 institusi penjara di Malaysia dengan 19 daripadanya mengalami kapasiti yang sudah melebihi daripada 20% khususnya di penjara bandar-bandar besar di Malaysia. 

 

Justeru, katanya, Program Pemulihan Dalam Komuniti atau hukuman alternatif baru membolehkan pengurangan kesesakan institusi penjara, mengurangkan kadar pemenjaraan dan menjimatkan kos kerajaan. 

 

“Ia juga memberi peluang kedua kepada prospek untuk membuktikan bahawa mereka masih boleh berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

 

Tambahnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka memberi penjelasan lanjut mengenai rang undang-undang (RUU) baru tahanan rumah kepada Dewan Rakyat pada Khamis esok. 

 

Sebelum ini, ramai rakyat Malaysia menzahirkan kebimbangan dan amarah dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu akta baru bagi membolehkan hukuman tahanan rumah dapat dilaksanakan untuk kesalahan tertentu di pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu. 




Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo