NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelaksanaan Subsidi RON95 guna kad pengenalan lagi mencabar – BERJASA




BANGI, Rabu –  Penggunaan kad pengenalan sebagai mekanisme di dalam penyasaran subsidi RON95 bakal membuatkan proses pelaksanaan tersebut lebih mencabar. 

 

BERJASA dalam satu kenyataan berkata, penggunaan kad pengenalan dalam urusan pembelian dibimbangi akan mendedahkan pengguna kepada risiko kecurian data.

 

Katanya, maklumat pengguna berpotensi disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sekali gus mengundang jenayah penyelewengan data yang serius.

 

Katanya, ia kerana penggunaan kad pengenalan banyak memerlukan akses kepada data peribadi pengguna yang bersifat sensitif 

 

“Kaedah menggunakan kad pengenalan untuk pembayaran petrol memerlukan pengubahsuaian sistem di stesen minyak dan pembangunan perisian khas,

 

“Sistem pengecaman kad pengenalan juga perlu bersambung dengan pangkalan data yang menyokong pengesahan identiti dan rekod pembayaran,” katanya. 

 

Justeru, katanya, kaedah menggunakan kad pengenalan untuk menapis pembeli RON95 yang benar-benar layak dan kaedah pembayaran wajar dipersoalkan memandangkan kad pengenalan milik individu selaku medium penyimpan data peribadi yang perlu dilindungi. 

 

Ujarnya, terdapat beberapa alternatif lain yang mungkin lebih mudah untuk dilaksanakan dalam tempoh jangka masa pendek bagi menggantikan kaedah pembayaran menggunakan kad pengenalan. 

 

Antara cadangan diutarakan BERJASA ialah mengaplikasikan penggunaan e-dompet iaitu kad subsidi minyak berasingan yang dihubungkan bersama-sama kad pengenalan. 

 

“Hal ini membolehkan pengguna membuat pembayaran melalui aplikasi yang dihubungkan terus dengan kad pengenalan mereka tanpa perlu membawa kad fizikal,

 

“Kad subsidi minyak berasingan juga boleh diperkenalkan yang sama seperti di beberapa negara lain yang menggunakan kad khas untuk mendapatkan subsidi minyak,

 

“Kad ini boleh dihubungkan dengan kad pengenalan tetapi berfungsi berasingan untuk tujuan keselamatan dan kemudahan,” ujarnya seperti yang dipetik oleh Gelombang Berjasa hari pada Selasa. 

 

Sebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengumumkan kerajaan akan menjadikan kad pengenalan sebagai mekanisme pilihan bagi pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 buat golongan yang layak menerimanya. 

 

Katanya, kerajaan lebih memilih untuk menggunakan kad pengenalan kerana ia didakwa lebih berkesan menghadapi inflasi dan tidak membawa kepada kenaikan harga barangan. 



Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo