NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pekebun durian haram ceroboh 1,000 ekar tanah di Bentong

Ladang durian haram di tanah seluas 1,000 ekar milik kerajaan negeri pahang di Sabai, Bentong


KUANTAN – Ladang durian yang ditanam secara haram di atas tanah milik kerajaan negeri di kawasan Sungai Perdak, Sabai dekat Bentong diserbu Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan itu dibuat susulan penemuan aktiviti pencerobohan yang membabitkan kira-kira 1,000 ekar tanah kerajaan di kawasan terbabit.

“Ia terletak di kawasan tersorok dan tersepit di antara kawasan Hutan Simpan Kekal Lentang Tambahan dan betul-betul bersempadan dengan tanah Negeri Sembilan.

“Hasil siasatan mendapati kawasan tersebut telah ditanam dengan pokok durian,” katanya dalam kenyataan.

Selain menyita rumah pekerja dan peralatan yang ditemui, UPNP juga telah diarah memusnahkan pokok-pokok durian yang ditanam di atas tanah kerajaan itu bagi memastikan aktiviti pencerobohan tidak terus berlaku.

Tegas Wan Rosdy, aktiviti pencerobohan seperti itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi boleh memberi impak buruk kepada alam sekitar dan komuniti setempat.

Justeru, katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang tanah dan mencemarkan integriti sumber alam negeri ini.

“Saya ingin menegaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penerokaan tanah secara haram akan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya lagi.

Menurut Wan Rosdy, tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di bawah Seksyen 426A (1) (c) Kanun Tanah Negara (Akta 828). – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo