NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS, BERSATU tidak perlu tunduk kepada desakan GERAKAN – penganalisis




BANGI, Selasa – Tiada keperluan untuk PAS dan Bersatu melayan gesaan rakan parti politik mereka, GERAKAN yang mahu Perikatan Nasional (PN) mewujudkan deklarasi untuk orang bukan Melayu, kata penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

 

Beliau berkata, GERAKAN yang juga parti komponen PN, tidak mempunyai kekuatan signifikan untuk mempengaruhi keputusan gabungan itu dalam memperjuangkan agenda mereka.

 

“GERAKAN hanya mengaut satu kerusi di DUN Kulim, Kedah dan kemudiannya satu kerusi di Dewan Negara,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik berkata, tingkah laku GERAKAN kini ibarat sudah menjadi duri dalam daging apabila sering menuding jari dan mempersalahkan parti komponen PN lain.

 

Justeru, katanya, parti komponen PN seharusnya mengkaji semula kedudukan parti itu dalam gabungan tersebut.

 

Tambah beliau, sekiranya perkara ini dibiarkan, ia dijangka akan membuka ruang lebih besar kepada GERAKAN untuk terus membuat desakan bagi mengetengahkan kehendak mereka yang tidak masuk akal.

 

“GERAKAN perlu menilai semula kekuatan mereka kerana sudah tidak mampu lagi meraih sokongan kaum Cina sepertimana dilakukan DAP, PKR atau parti politik lain.

 

“Lebih baik PAS, BERSATU turut menumpukan bagaimana untuk menarik undi bukan Melayu tanpa bergantung rapat kepada GERAKAN itu sendiri demi kelangsungan di dunia politik.

 

“GERAKAN perlu muhasabah diri bahawa mereka tiada kekuatan yang luar biasa dan hanya sekadar bergantung kepada PN bagi mendapatkan jawatan semata-mata tanpa adanya kekuatan dan asas yang jelas untuk kekal relevan di dalam gabungan tersebut,” ujarnya

 

Tambah beliau, GERAKAN perlu menggunakan pendekatan yang lebih realisitik untuk menarik sokongan daripada bukan Melayu serta tidak sekadar berpolitik semata-mata. 

 

Sebelum ini media melaporkan, Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau, menggesa Perikatan Nasional (PN) untuk membuat satu deklarasi buat bukan Melayu bagi mengubah persepsi dan ketakutan komuniti Cina terhadap PAS dalam gabungan parti itu. 

 

Dakwa Dominic Lau, masyarakat bukan Melayu pada ketika ini menzahirkan rasa bimbang dan khuatir terhadap PAS  yang menjadi blok parti Melayu terbesar dalam PN serta mempunyai bilangan kerusi terbanyak di Parlimen. 




Sumber | Sinar Harian







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo