BANGI, Rabu – Negara-negara Eropah bukan perintis hak kemanusiaan sebaliknya mereka adalah hipokrit, luah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak lagi menghormati negara-negara Eropah disebabkan pendirian mereka berhubung situasi di Gaza yang mana puluhan ribu rakyat Palestin terus dibunuh oleh tentera negara haram Israel.
Dr Mahathir berkata, negara-negara Eropah secara amnya menyokong tindakan genosid Israel terhadap rakyat Palestin kerana masih percaya tindakan negara haram itu memusnahkan Gaza adalah demi ‘mempertahankan diri’.
“Mereka (negara Barat) betul-betul percaya serangan Israel adalah demi keselamatan negara itu. Dan mereka menyokong peperangan yang dicetuskan terhadap rakyat Palestin.
“Dulu saya sangka Eropah sebagai perintis hak kemanusian. Sekarang saya sedar mereka adalah hipokrit. Saya tidak lagi hormat mereka,” katanya menerusi ciapan di X semalam.
Pada masa sama, Dr Mahathir meluahkan rasa sedih ekoran perkembangan di Gaza menerusi laporan yang disiarkan oleh portal media antarabangsa Aljazeera.
Ujarnya, laporan media itu menjelaskan ribuan rakyat Palestin dibunuh manakala ramai lagi cedera.
Pada masa sama, katanya, bandar dan pekan di Gaza dimusnahkan, malah kem pelarian diserang dengan roket dan dibom.
“Saya tidak pernah melihat tindakan sekejam ini dalam dunia yang dikatakan bertamadun. Yang terselamat cuba melarikan diri tetapi tiada tempat selamat untuk mereka.
“Sangat tidak masuk akal. Ini bukti tiada sifat kemanusiaan.
“Apa yang lagi melampau ialah siaran TV lain tidak memaparkan tindakan genosid di Gaza. Seolah-olah tiada apa yang berlaku,” ujarnya.
Tambah beliau, disebabkan rakyat Eropah berkulit putih dan rakyat Amerika Syarikat tidak menonton Aljazeera maka mereka percaya tiada apa yang buruk sedang berlaku terhadap penduduk Gaza.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment