NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nafi lawatan ditaja syarikat swasta, Chegubard dakwa PM berbohong




PUTRAJAYA, 25 Nov — Pembela Tanah Air (PETA) tetap melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tajaan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara. 

 

Sekretariatnya, Chegubard berkata Perdana Menteri dalam kenyataannya hari ini berbohong mendakwa lawatan kerjanya ke luar negara tidak ditaja syarikat swasta. 

 

“Perdana Menteri ini paling pembohong dalam dunia. Kamu kata 70 ke 80 peratus [ditaja]. Tiba-tiba ada kerusi kosong yang disewakan. 

 

“Kamu sebenar cakap apa ini? Adakah Perdana Menteri cakap betul? Pembohong. 

 

“Oleh itu Malaysia tidak boleh dikendalikan oleh Perdana Menteri yang gila begini. Buka mulut saja bohong,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di hadapan Ibu Pejabat SPRM di sini sebelum membuat laporan tentang salah laku lawatan Perdana Menteri ke luar negara. 

 

Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mendakwa beliau tidak menggunakan dana syarikat swasta. 

 

Katanya, lawatannya ke luar negara minggu lalu menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan kos RM1.6 juta. 

 

“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. 

 

“Jika guna jet eksekutif kerajaan, kos perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara. 

 

“Namun dengan perkongsian ini, kos untuk kerajaan hanya RM1.6 juta,” coretnya di laman Facebook miliknya. 



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo