NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MoT perkenal inisiatif cetak lesen, cukai jalan bermula 2025




Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperkenalkan inisiatif baharu tahun depan bagi membolehkan pengguna jalan raya mencetak lesen dan cukai jalan. 

 

Menterinya, Anthony Loke berkata pengguna jalan raya akan dikenakan bayaran untuk percetakan namun beliau tidak memberikan penjelasan lanjut. 

 

“Tahun depan kami akan mengumumkan satu inisiatif bagi mereka yang mahu mencetak lesen mereka secara fizikal. 

 

“Mereka mungkin dikenakan bayaran untuk mencetak kad fizikal,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini. 

 

Loke berkata bagaimanapun kerajaan kekal dengan pelesenan digital dan akan menambah baik kekurangan yang dihadapi. 

 

Katanya, aplikasi MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna dengan transaksi memperbaharui lesen dan cukai jalan mencecah RM121 juta.

 

Pengguna jalan raya sebelum ini menggesa kerajaan kembali kepada sistem lesen dan cukai jalan fizikal yang akan memudahkan golongan tertentu. 

 

Mereka mendakwa slip atau resit memperbaharui lesen memandu itu tidak sesuai untuk disimpan sebagaimana kad sebelum ini yang sesuai disimpan di dalam dompet.

 

Isu cukai jalan digital juga pernah menimbulkan masalah apabila terdapat pegawai penguatkuasa meminta pemandu menunjukkan aplikasi MyJPJ mereka.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo