Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkata, beliau mengalukan penegasan Perdana Menteri di pentas antarabangsa termasuk dalam sidang kemuncak luar biasa Arab di Riyadh pada tiga hari yang lalu.
“Iaitu YAB Perdana Menteri menegaskan untuk mengusulkan bagi menyingkirkan ataupun membeku keanggotaan Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini satu desakan yang sangat penting.
“Ini bagi memastikan rakyat Palestin itu tidak lagi menjadi mangsa kerakusan Israel itu. Namun demikian, saya ingin juga menyatakan
kekesalan, keliru dan rasa terguris hati kepada satu ucapan oleh YAB PM,” ujarnya.
Beliau menyuarakan demikian sebagai merujuk laporan wawancara Dato ‘Seri Anwar Ibrahim dengan CNN di mana Perdana Menteri telah mengiyakan hak Israel untuk terus wujud dan mempertahankan diri.
Kata Ahmad Tarmizi, beliau sangat risau jika ucapan itu dimanipulasi sebagai mengatakan Malaysia menjustifikasi tindak balas Israel
untuk terus membantai rakyat Palestin di Gaza.
“Saya mohon untuk Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa kita perlu tegas dalam hal inidan perlu memastikan tidak ada suara-suara yang akan menyatakan kelemahan kita dalam memperjuangkan isu Palestin ini,” ujarnya.
Kerajaan juga gesanya dalam perbahasan itu, diminta menyatakan pendirian terhadap kesan peperangan sedang memuncak di Rakhine, Myanmar menyebabkan dua juta penduduk berisiko kebuluran.
Laporan PBB yang dikeluarkan mengenai pergolakan wilayah itu maklumnya, menyatakan sukar untuk bantuan disalurkan di mana penyusutan krisis kemanusiaan termasuk penghapusan etnik dilihat berlaku dilakukan secara berleluasa serta keterlaluan.
“Keadaan ini nampak tidak ada perhatian daripada masyarakat antarabangsa termasuk daripada agensi-agensi, daripada PBB dan kerajaan negara-negara lain.
“Jadi sudah pasti peruntukan ini amat penting untuk Malaysia negara kita memainkan peranan yang lebih besar hal menyalurkan bantuan kemanusiaan dan hak asasi Manusia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu turut memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan di Gaza, isu yang sangat rapat dengan hati rakyat Malaysia.
Menurutnya, kemudahan di wilayah Tebing Barat itu musnah sepenuhnya malah penduduknya juga memerlukan bantuan kemanusiaan, memerlukan perhatian kerajaan pada ketika ini.
“Kita kena pastikan bahawa ini boleh terus berlaku dan Malaysia perlu memain berperanan yang lebih aktif di peringkat antarabangsa bagi mencapai semua hasrat-hasrat ini.
“Persoalan saya bagaimana Kementerian Luar Negeri berhasrat untuk memastikan keberkesanan advokasi terhadap krisis Myanmar itu dan juga di Palestin,” soalnya. – HARAKAHDAILY 14/11/2024
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment