Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kesal dengan perakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa wawancara bersama wartawan CNN, Richard Quest.
Presidennya, Imran Sulaiman berkata perakuan itu boleh mengundang kekeliruan dan dimanipulasi pihak yang berkepentingan.
“GAMIS menyatakan kekesalan mendalam terhadap kenyataan Perdana Menteri ketika wawancara bersama CNN.
“Beliau menyatakan 15r43l mempunyai hak untuk wujud dan mempertahankan diri. Kenyataan ini boleh mengundang kekeliruan dan dimanipulasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas wawancara Anwar bersama CNN yang memperakui hak 15r43l untuk wujud dan mempertahankan diri.
Imran berkata 15r43l tidak pernah mempunyai hak untuk mempertahankan diri kerana kewujudannya sendiri adalah hasil penjajahan haram yang merampas tanah P4l35t1n.
“15r43l adalah punca kepada segala penindasan, pembunuhan dan penderitaan rakyat P4l35t1n sejak lebih 70 tahun yang lalu.
“GAMIS ingin menegaskan kepada semua pihak, termasuk masyarakat antarabangsa, bahawa 15r43l selamanya tidak mempunyai hak untuk wujud.
“Pengusiran rakyat P4l35t1n, rampasan tanah, serta kekejaman yang dilakukan rejim Z10n15 bukti jelas mereka tidak layak diiktiraf,” katanya.
Sehubungan itu, Imran berkata Perdana Menteri perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar memberi gambaran Malaysia konsisten dalam memperjuangkan P4l35t1n.
Katanya, kenyataan sensitif seperti itu, walaupun mungkin diucapkan dalam konteks tertentu, perlu dielakkan bagi mengelakkan salah tafsir.
“Sebagai pemimpin negara Islam, Perdana Menteri mesti lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan rasmi, terutamanya mengenai isu melibatkan sensitiviti umat Islam.
“Kami menghargai usaha Perdana Menteri dalam menegaskan keadilan untuk P4l35t1n, tetapi kenyataan yang boleh disalah tafsir ini berpotensi melemahkan pendirian tegas Malaysia.
“GAMIS akan terus memperjuangkan hak rakyat P4l35t1n dan menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf kewujudan 15r43l,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment