NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lucu dan pelik, Kerajaan Malaysia mohon maaf dengan pelancong China kerana papan tanda berbahasa Melayu



PARLIMEN | Ahli parlimen pembangkang menempelak tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing kerana membuat permohonan maaf kepada pelancong China.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menyifatkan alasan dan hujah diberikan Tiong untuk berbuat demikian hanyalah remeh-temeh.

"Saya ingin menempelak hujah bodoh menteri pelancongan, dia ini menteri pelancongan China ke Malaysia?

"Buat apa dia minta maaf di China? Kononnya kita tidak melayan pelancong-pelancong China dengan baik, tiada prasarana yang memudahkan mereka.

"Saya baru balik dari China (Beijing dan Shanghai), mana ada isu kita pergi sana mengemis minta dipermudahkan (papan tanda) dalam bahasa Inggeris. Kita tahu itu dasar dan undang-undang mereka," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal mengulas laporan berhubung permohonan maaf oleh Tiong ketika berucap merasmikan China International Travel Mart (CITM) di Shanghai, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Tiong yang juga ahli Parlimen Bintulu berkata kementeriannya menyedari pengalaman tidak menyenangkan yang dialami beberapa pelancong semasa melancong di Malaysia.

Dia berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga amat mengambil berat tentang perkara itu dan telah mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk menambah baik langkah keselamatan dan memastikan setiap pelancong di Malaysia mendapat pengalaman yang menyenangkan dan tidak dapat dilupakan.

“Atas kekurangan kami, saya amat memohon maaf dan ingin menyampaikan maaf ikhlas Malaysia kepada pelancong China.

“Kami akan terus mengekalkan komunikasi rapat dengan pihak berkaitan untuk meningkatkan lagi platform perkhidmatan pelancongan dan menambah baik pengalaman pengunjung.

“Pada masa sama, kami juga berikrar untuk mengutamakan keselamatan pelancong dan menyediakan setiap pengembara pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa melalui langkah komprehensif,” katanya. 

Bagaimanapun, kenyataan Tiong itu tidak menghuraikan sifat kekurangan atau ketidaksenangan yang dihadapi oleh pelancong.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan kehadiran pelancong China bukan untuk melihat Malaysia sebagai “lebih China” berbanding negara mereka.

"Pelancong (China) datang sini dia bukan nak tengok kita lebih Cina daripada dia, dia nak meraikan apa yang yang ada di Malaysia.

"Bagi saya hujah yang diberikan oleh menteri pelancongan ini adalah alasan remeh-temeh, pemikiran cauvinis yang sama dengan DAP, walaupun dia bukan DAP.

"Inilah orang yang sebenarnya main isu perkauman, yang sebenarnya memecahbelahkan perpaduan yang ada di Malaysia, tidak menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya lagi.



Sumber | Malaysiakini












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo