Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan turut menyertai beberapa siri perbincangan mengenai pendidikan semasa berada di sini. |
Beliau berkata, lawatan itu sudah berakhir dan kementeriannya berkongsi pandangan mereka mengenai pendidikan.
“Lawatan itu sudah berakhir dan mereka sudah pulang. Pertemuan (dengan mereka) untuk berkongsi pandangan Malaysia tentang pendidikan,” katanya selepas sebuah majlis di Nibong Tebal.
Menurutnya, delegasi itu turut menyertai beberapa siri perbincangan mengenai pendidikan semasa mereka berada di sini.
Ditanya sama ada Malaysia akan memberikan bantuan kepada Afghanistan dalam bidang pendidikan, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.
“Dalam aspek ini, kita memberi mereka peluang untuk memerhati dan belajar daripada sistem pendidikan kita,” katanya yang menyifatkannya sebagai satu penghormatan.
Menurut Radio Televisyen Afghanistan, delegasi itu diketuai oleh Shahabuddin Saqib, iaitu ketua pengarah Kementerian Pendidikan Afghanistan.
Dalam lawatan seminggu bermula pada 4 Nov, delegasi melawat beberapa sekolah dan institusi pendidikan.
Pentadbiran Taliban telah mengenakan sekatan ke atas wanita yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai ‘aparteid jantina’.
Afghanistan adalah satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan gadis dan wanita belajar di sekolah menengah dan universiti.
Pada Mac tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bahawa Malaysia bersedia bekerjasama dan memperbaiki hubungan dengan kerajaan Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban.
Bagaimanapun beliau berkata Malaysia berdiri teguh dalam isu pendidikan wanita dan berpendapat hak golongan itu untuk mendapat pendidikan tidak boleh dinafikan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment