NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua cabang didakwa kumpul sokongan lawan ‘undi perwakilan’ menjelang pemilihan PKR

Seorang pengadu telah buat aduan terhadap ketua cabang itu kerana menghasut pihak lain menyokong surat bantahan ke atas cadangan yang dikatakan mahu menggantikan sistem ‘satu anggota, satu undi’. 



PETALING JAYA
Seorang ketua cabang PKR didakwa menghantar surat kepada rakan sejawat untuk bersatu menentang cadangan menukar mekanisme pengundian parti “satu anggota, satu undi” kepada sistem perwakilan.

Difahamkan, cadangan itu dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), bulan lalu.

Dalam surat tidak bertarikh dilihat FMT, seorang ketua cabang mendakwa cadangan tersebut akan menghadkan hak mengundi ahli, menjurus penurunan sokongan akar umbi, sekali gus berupaya untuk mereka beralih sokongan kepada parti lain sewaktu PRU kelak.

“Kami, ketua-ketua cabang yang diangkat bagi menyantuni akar umbi demi kestabilan dan pemerkasaan PKR sebagai parti demokratik dan parti reformasi dengan tegas menyatakan bantahan terhadap sebarang pindaan terhadap perlembagaan parti dalam memperkenalkan mekanisme baru semasa pemilihan parti,” kata pemimpin berkenaan dalam surat itu.

“Setiap anggota berhak untuk mengundi bagi memilih dan menentukan pemimpin layak untuk mewakili setiap saf kepimpinan di peringkat cabang hingga pusat.

“Ekoran daripada itu, dikhuatiri boleh mengancam masa depan pembangunan parti demokratik yang dianggotai dari kalangan pelbagai bangsa dan kaum.”

Pemimpin cabang itu menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim dan MPP mengekalkan sistem “satu anggota, satu undi”.

Difahamkan, seorang pemimpin kanan PKR telah mengemukakan aduan rasmi terhadap pemimpin itu kerana menghasut pemimpin cabang untuk menandatangani surat berkenaan.

Dalam kenyataan pengadu dilihat FMT, mendakwa ketua cabang tersebut merendahkan mandat Anwar sebagai presiden PKR dan MPP dengan cuba mendahului keputusan pusat.

“Tindakan mengumpul pemimpin cabang untuk menyokong surat bantahan bukan sahaja mencabar kuasa presiden parti, malah memporak-porandakan kesatuan parti,” kata pengadu itu.

Memetik Perkara 10.2 perlembagaan parti, pengadu menyeru Lembaga Disiplin mengambil tindakan segera terhadap ketua cabang itu kerana cuba mewujudkan perpecahan dalam PKR.

FMT sedang mendapatkan ulasan Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo