NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan tiada hasrat kekang akses platform media sosial gagal daftar lesen – Menteri




BANGI, Khamis – Kerajaan tidak berhasrat untuk mengekang akses kepada mana-mana platform media sosial dan pesanan internet yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan selepas 1 Januari 2025, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

 

Bagaimanapun, Fahmi berkata, tindakan itu hanya akan diambil sebagai pilihan terakhir dan kerajaan tiada niat untuk menuju ke arah itu.

 

“Pada waktu ini, kita menegaskan bahawa platform yang yang mempunyai jumlah pengguna lebih 8 juta di Malaysia perlu mendaftar (lesen perkhidmatan) dan ada beberapa tindakan yang boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap platform-platform tersebut.

 

“Pada waktu ini, kerajaan tidak berhasrat untuk mengekang akses kepada platform-platform tersebut. Jadi, kita melihat itu adalah ‘the last resort’. Kita tidak mahu ke arah itu,” katanya ketika sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

 

Beliau menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan yang bertanya sekiranya pengguna masih boleh akses platform media sosial dan pesanan internet selepas 1 Januari tahun depan.

 

Terdahulu, Fahmi berkata, keperluan pelesanan itu telah diwartakan pada 1 Ogos lalu dan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 yang mana penyedia perkhidmatan perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Jelasnya, keperluan pelesenan di bawah Akta 588 itu adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna.

 

“Penguatkuasaan kerangka pelesenan ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan perkhidmatan pesanan internet dan media sosial kerana hanya penyedia perkhidmatan sahaja diwajibkan mendapatkan lesen daripada MCMC.

 

“Kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf yang telah termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun ia perlu disertai dengan tanggungjawab,” katanya sambil menambah kebebasan tiada sempadan mengundang malapetaka.



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo