NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa Perdana Menteri Malaysia iktiraf Israel? – Rafique




BANGI, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak memberi penjelasan berhubung jawapan ‘mengiktiraf’ kewujudan Israel dan hak negara haram itu mempertahankan dirinya dalam wawancara bersama CNN baru-baru ini.

 

Peguam yang juga Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid berkata, adalah hipokrit apabila Anwar mendakwa dirinya pejuang Palestin tetapi melakukan sebaliknya.

 

“Mengapa Perdana Menteri Malaysia menyatakan Israel mempunyai hak untuk wujud dan ada hak mempertahankan diri?

 

“Israel Zionis melakukan genosid, jenayah perang dan pembunuh,” kata Rafique dalam ciapan di X hari ini.

 

Sebelum ini, Anwar dalam wawancara bersama CNN yang dihoskan Richard Quest baru-baru ini menjawab “ya” ketika ditanya sama ada negara haram Israel berhak wujud dan mempertahankan diri.

 

Perkara itu turut dipersoalkan oleh wakil rakyat pembangkang semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini yang mana Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bagi ‘membetulkan’ jawapan tersebut.



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo