SHAH ALAM – Kerajaan Perpaduan digesa untuk menyegerakan kelulusan peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang sekiranya berniat baik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, tiada ada masalah kepada kerajaan untuk memberikan peruntukan tersebut kerana yang perkara itu pernah diberikan Kerajaan PN kepada pembangkang tanpa sebarang syarat.
“Tidak ada masalah, bagi sahaja kalau niat itu baik, bukan untuk parti tapi untuk rakyat agar wakil rakyat itu dibantu.
“Mengapa tidak boleh tolong, kata banyak duit. berbilion trilion, sedikit tidak boleh bantu, jadinya tidak payah MoU la, kalau niat itu tidak ikhlas. Kata esok saya (kerajaan) bagi, beri sahaja.
“Kami lakukan (berikan peruntukan) dengan pembangkang pada zaman kami, dan kita tidak pernah mainkan isu ketika itu, sebab tiada wakil pembangkang yang datang jumpa saya minta peruntukan tapi kami yang bagi,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpuan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pertanyaan media sekiranya wujud draf kedua Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pembangkang mahu melihat draf kedua MoU berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum membuat sebarang ketetapan mengenainya.
Ia ekoran kenyatan Ketua Pembankang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang berkata, PN bersedia untuk kembali berunding mengenai MoU berkenaan.
Hamzah berkata demikian setelah satu pertemuan telah diadakan antara beliau dan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sebelum ini.
Mengulas mengenai itu, Muhyiddin berkata, pembangkang bertindak menolak draf MoU daripada kerajaan kerana ada perkara-perkara yang tidak boleh diterima oleh pihaknya.
Justeru, Muhyiddin berkata, MoU antara pembangkang dan kerajaan tidak perlu wujud.
“Draf pertama kita sudah tolak asasnya kita sudah tahu ia tidak boleh diterima sebab itu kita tolak.
“Saya dengar dia nak buat draf kedua, sedangkan zaman saya (jadi Perdana Menteri) tidak ada MoU pun, RM300,000 apaah sangat. Kalau niat itu baik,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment