Jawapan Parlimen.
1. Parlimen, medan untuk sekalian (wakil) rakyat berbahas dan bertanya.
2. Setiap perbahasan dan pertanyaan, hendaklah mewakili suara hati rakyat.
3. Sekalian Menteri hendaklah menjawab, setiap perbahasan dan pertanyaan (wakil) rakyat.
4. Namun sidang Parlimen kali ini, agak sunyi daripada jawapan. Sekalipun ada, tidak memuaskan.
5. Dengan tatanan, ditanya ke mana hilangnya beras tempatan; tiada jawapan.
6. Dengan ketimbang, ditanya apakah definisi T15/ mahakaya; tiada jawapan.
7. Dengan ketimbang, ditanya kenaikan harga barang dirasai B40/M40; tiada jawapan.
8. Dengan taakul, ditanya penggunaan IC di stesen minyak; tiada jawapan.
9. Dengan kebinekaan, ditanya pelaburan MAHB/ BlackRock; tiada jawapan.
10. Tanpa purbasangka, ditanya wujudkah titah addendum; tiada jawapan.
11. Walhasil, tiada jawapan untuk setiap persoalan dan tiwikrama di Dewan yang mulia.
12. Kendatipun PM tiada sebulan, Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan; Jemaah Menteri hendaklah – bertanggung jawab – secara kolektif kepada Parlimen.
13. Soalan, adakah (wakil) rakyat ‘berhak’ untuk wujud di Parlimen? – Ya.
14. Soalan, adakah (wakil) rakyat ‘berhak’ untuk mendapatkan jawapan di Parlimen? – Ya.
15. Intiha.
SS, Parlimen
19 November 2024
#parlimen
#dbp
No comments
Post a Comment