SHAH ALAM - Perwakilan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bakal bersidang dan memilih pada Sabtu digesa supaya tidak membunuh karier politik bekas Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Bekas Setiausaha Bersatu Selangor, Hasnizam Adham berkata, Ahli Parlimen Machang itu perlu diberi peluang untuk untuk berada dalam senarai 20 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Menurutnya, tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang pernah mengkritik Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak boleh dijadikan sebagai alasan menolak pemimpin muda tersebut.
"Terdapat suara-suara mengungkit kembali apa yg dinyatakan oleh Wan Ahmad Fayhsal beberapa tahun dahulu terhadap kepimpinan Muhyiddin tetapi perwakilan tidak boleh membunuh karier politiknya hanya dengan isu beliau bersuara.
"Wan Ahmad Fayhsal terbukti kekal mendukung perjuangan parti di bawah kepimpinan Muhyiddin hingga akhir penggal beliau sebagai Ketua Armada dan parti boleh memberi ruang dan peluang untuk beliau menjadi pemimpin pelapis yang akan berani bersuara mempertahankan parti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurut Hasnizam yang juga ahli Bersatu seumur hidup, beliau percaya Muhyiddin seorang pemimpin berjiwa besar dalam menerima kritikan terhadapnya.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal dalam masa sama turut diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam mengawal emosi ketika menjaga dan mempertahankan Presiden parti supaya ahli akar umbi semakin yakin terhadapnya.
"Diharapkan Wan Ahmad Fayhsal diberi peluang dan sokongan dan terus bersemangat menambah kekuatan parti mendukung usaha Muhyiddin yang dikasihi dan disayangi oleh ahli parti," katanya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment