BANGI, Rabu – Restoran yang menggunakan istilah ‘tiada babi, tiada alkohol, tidak mencerminkan bahawa premis makanan itu adalah halal.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, istilah halal merujuk kepada setiap produk, premis makanan atau barang gunaan yang menepati aspek syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.
“Mengenai isu mewajibkan pensijilan halal, kerajaan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 September 2024 bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada.
“Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri adalah bersifat sukarela sejak ia mula dilaksanakan pada 1974.
“Perkara ini telah diperkukuhkan melalui Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya menerusi jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman web Parlimen.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang meminta kerajaan menyatakan status cadangan supaya JAKIM mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata, dasar sedia ada itu bermaksud ia adalah terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.
Katanya, pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja industri tetapi juga pengguna keraja sijil halal itu sendiri merupakan jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban.
“JAKIM sentiasa mempertingkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan serta kebaikan SPHM dalam industri makanan dan perniagaan,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment