NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hassan ramal Anwar tunggu ‘fitnah’ ketiga baru saman Bloomberg




Ahli Parlimen PKR membayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan terhadap Bloomberg sekiranya terdapat dakwaan fitnah kali ketiga. 

 

Hassan Karim berkata pendekatan Perdana Menteri yang menonjolkan konsep Madani membuatkan Anwar tidak tergesa-gesa untuk mengambil tindakan. 

 

“Kalau kita ambil wuduk, sunat tiga kali. Mungkin Anwar ini kerajaan madani ada konsep agama di situ. Mungkin beliau tolak ansur. 

 

“Bloomberg pertama kali fitnah dia, kali kedua. Mungkin beliau tunggu kali ketiga, kali ketiga kalau beliau tidak bertindak, rakyat akan tanya apa yang berlaku?

 

“Macam ambil wuduk. Beliau tunggu kali ketiga mungkin,” katanya ketika menjadi tetamu audio siar Dari Kamar Haniff Khatri terbitan Inspirasi Channel malam tadi.

 

Wartawan Bloomberg pada Mei lalu dipanggil memberi keterangan selepas laporan mereka mendakwa satu lagi kasino akan dibuka di Forest City, Johor. 

 

Portal berita itu sekali lagi mencuri tumpuan selepas mendakwa Anwar memberi arahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

 

Bloomberg mendakwa Anwar mengarahkan SPRM untuk tidak menyiasat ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador. 

 

SPRM dan Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dengan tiada tindakan diambil kepada portal berita tersebut. 



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo