NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Haramkan penggunaan vape secara total - Sultan Pahang



KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total.

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang terutamanya dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

“Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total.

"Tidak perlu diberi pertimbangan sewajarnya, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di sebuah hotel di Kuantan pada Isnin.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebelum itu, baginda berkenan bercemar duli mengurniakan anugerah kepada 52 pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Dalam majlis terbabit, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan anugerah kecemerlangan kepada dua pelajar MTNP iaitu Akif Ibrahim, 18, dan Nur Amelia Diyana Azman, 18, yang memperoleh keputusan 11A dalam SPM tahun lalu.

Al- Sultan Abdullah bertitah, berdasarkan rekod AADK, Pahang merupakan negeri kelima teratas di seluruh negara dengan 11,750 penagih.

Titah baginda, daripada jumlah itu, sebanyak 57 peratus daripadanya adalah penagih muda yang berusia 15 hingga 30 tahun.

"Ini peluang saya untuk membuat kenyataan tentang kebimbangan saya terhadap pasal isu dadah khususnya di sekolah -sekolah di negeri Pahang, sudah sampai masanya ibu bapa di negeri ini tidak kira sama ada anak mereka terlibat nak minta mereka bantu.

“Ini satu angka yang membimbangkan, kalau ini kita tidak beri perhatian mungkin angka ini akan bertambah,” titah baginda.



Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Datuk Yip Kum Fook tidak putus-putus melakukan kejahatan, kini sudah berusia 70 tahun dan masih menjana pendapatan di usia muda. Dia membayar wang kepada seseorang yang pakar dalam komputer untuk memadam WEB, BLOGGER, YOUTUBE, dll., tentang siapa yang menyiarkan dan mengulas tentangnya

    Beberapa laman web tidak menyebutnya dan juga dia memadamnya, ini adalah fikiran kotor, dan web mempunyai banyak dokumen atau dokumen penting juga hilang, kita tahu Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya melakukannya, kita akan menghantar aduan kepada manusia PBB hak untuk mengurus perkara ini

    Mengadu kepada kerajaan Malaysia tiada kesan kerana Datuk Yip Kum Fook ada wang untuk menutup mulut kerajaan, tetapi kerajaan diam seperti kucing dan tikus...Simon Low Kok Meng sangat diam seperti tikus kerana Datuk Yip membayar wang untuk hidup. (Simon Low tidak perlu mempunyai pekerjaan sehingga sekarang)

    Orang Melayu, Cina, India, dan lain-lain perlu berhati-hati kerana jika IC anda hilang, anda perlu laporkan kepada polis secepat mungkin, abang saya bernama Ah Chong(Ng) telah ditipu ICnya oleh Datuk Yip Kum Fook

    Lim, Ho, Chong…..Taman Desa Jaya….Kepong

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo