NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya benar murid perempuan belum baligh buat persembahan tarian



KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu dicadangkan supaya membenarkan murid perempuan sekolah rendah belum baligh sahaja membuat persembahan tarian di khalayak ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata, ia sebagai langkah menambah baik penguatkuasaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan di Terengganu.


"Sebelum ini kita membenarkan anak-anak gadis kita di sekolah rendah untuk melakukan persembahan tarian dan sebagainya di hadapan awam.

"Namun, lebih molek (elok) sekiranya kita mendefinisikan anak gadis tersebut kepada kategori baligh dan belum baligh.

"Ertinya, anak-anak yang masih belum baligh sahaja dibenarkan membuat persembahan sebagai penambahbaikan garis panduan agar negeri kita ini sentiasa berada dalam rahmat ALLAH SWT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-15 di sini, pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata, kerajaan negeri juga disaran supaya meluaskan lagi jawatan pemandu wanita di setiap agensi kerajaan Terengganu bagi menjamin kebajikan dan keselesaan penjawat awam wanita.

Menurutnya, cadangan itu telah membuka mata banyak pihak dan mendapat respons baik daripada pegawai-pegawai wanita kerajaan berikutan kurang selesa apabila hanya perlu berdua dengan pemandu lelaki sekiranya bermusafir.

Jelas beliau, pada 2020, seorang pemandu wanita telah dilantik melalui unit tubuh Urus Setia Wanita Terengganu

"Ada antara pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi tugasan seperti mesyuarat dan program rasmi.

"Oleh itu, saya harap perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan negeri agar penjawat awam wanita dapat menggunakan kenderaan kerajaan atas urusan rasmi dengan lebih selesa sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah," katanya.



Sumber | Sinar Harian









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo