NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gabungan NGO Melayu kesal tindakan Kerajaan Selangor wartakan kubur mangsa 13 Mei jadi tapak kubur bukan Islam




BANGI, Isnin –  Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu menzahirkan rasa kesal dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor yang mewartakan tanah perkuburan mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di Sungai Buloh secara rasmi menjadi tanah perkuburan bukan Islam. 

 

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan menerusi Sekretariat Angkatan Islah Rakyat (AIR), gabungan NGO Melayu itu bimbang dengan tindakan berkenaan ia susulan kawasan perkuburan tersebut turut mempunyai sejumlah kubur orang-orang Islam. 

 

Katanya, kerajaan negeri itu turut memberi pintu kepada Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (PESAWA) bagi memelihara kawasan kubur tersebut namun jelasnya ia turut menimbulkan kesangsian dan kurang senang bagi pihaknya. 

 

Tambahnya, proses pewartaan kawasan kubur tersebut turut tidak melibatkan sebarang dialog dan penglibatan orang awam di kawasan sekitar tanah perkuburan terbabit. 

 

“Dialog dan penglibatan awam adalah penting untuk dilaksanakan malah selari dengan hasrat YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sebagai salah satu tata kelola yang  baik (good governance) dan dituntut dalam pentadbiran Kerajaan Madani,

 

“Tata Kelola baik ini juga adalah selari dengan konsep yang dibawa oleh badan dunia iaitu Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP),” katanya dalam satu kenyataan media kepada TV Pertiwi. 

 

Sekretariat AIR turut menegaskan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor khususnya oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PTDG) tidak menggambarkan pelaksanaan mekanisme, proses dan penglibatan awam agar masyarakat dapat menyatakan hak tertentu dengan jelas dan sah. 

 

Dengan itu, pihaknya meminta satu perjumpaan dapat diadakan bersama PTDG bagi mendapatkkan penjelasan penuh berhubung isu tersebut. 

 

Antara barisan NGO-Melayu yang turut terlibat memberi kenyataan bersama ini adalah, Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI), Gerakan Pengundi Sedar (GPS) dan Peguam Prihatin Keadilan (CLJ).

 

Sebelum ini, PESAWA memaklumkan, tanah perkuburan mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang terletak di belakang Masjid Jamek Ibnu Sina dalam kawasan Mukim Batu, Gombak,  telah diwartakan secara rasmi sebagai tanah perkuburan bukan Islam oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

 

Difahamkan, terdapat 102 batu nisan untuk mangsa pelbagai kaum dan agama termasuk dua berbangsa Melayu.



Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo