Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan. Foto Bernama |
DUBAI - Serangan Israel di bandar Sidon, Lubnan pada Khamis mengorbankan tiga orang awam warga tempatan, selain mencederakan tiga tentera negara Lubnan serta empat anggota pasukan UNIFIL dari Malaysia.
Reuters yang memetik kenyataan dari tentera Lubnan melaporkan, serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan, sekali gus membunuh tiga warga Lubnan yang berada di dalam kenderaan itu.
Pada masa sama, empat anggota tentera Malbatt yang berkhidmat untuk UNIFIL itu turut terkena serpihan ledakan, menurut kenyataan tersebut.
Anggota tentera Lubnan yang cedera sedang menjalankan tugas kawalan di pos pemeriksaan itu, sementara anggota UNIFIL berkenaan sedang berada dalam kenderaan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan kebetulan sedang melalui pos pemeriksaan yang sama. - Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment