NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elon Musk, Kennedy Jr akan punyai jawatan penting dalam pentadbiran Trump jika menang



WASHINGTON - Bekas presiden Amerika Syarikat dan calon presiden Parti Republikan, Donald Trump berkata beliau akan melantik penyokongnya Elon Musk dan Robert F Kennedy Jr, ke jawatan penting dalam pentadbiran sekiranya beliau dipilih semula, lapor Sputnik.

"Ya, saya fikir begitu," kata Trump dalam temu bual bersama wartawan AS, Tucker Carlson apabila ditanya sama ada Musk dan Kennedy Jr akan menjadi 'tokoh berpengaruh' dalam pentadbirannya kelak.

Namun, Trump tidak memperincikan jawatan yang akan dipegang oleh kedua-dua tokoh itu.

Musk berulang kali menyatakan sokongannya terhadap Trump di platform media sosialnya, X.

Tahun ini, beliau menubuhkan kumpulan kempen pro-Trump, America PAC.

Pada Ogos, Kennedy menarik diri daripada pilihan raya presiden dan menyatakan sokongan kepada Trump.

Pilihan raya presiden AS dijadualkan berlangsung pada 5 November.

Naib Presiden, Kamala Harris mewakili Parti Demokrat, manakala Trump bertanding mewakili Parti Republikan. Bernama-Sputnik








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo