NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chegubard gesa SPRM siasat, MP sokong Anwar diberi tender RM2 bilion




PUTRAJAYA, 25 Nov — Aktivis politik, Chegubard hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dokumen sulit yang diterimanya.

 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata SPRM perlu menyiasat dokumen berkenaan projek rundingan terus membabitkan seorang ahli parlimen. 

 

“Ada atau tidak projek ini? Lebih RM2 bilion kamu beri kepada ahli parlimen yang melompat parti ini tanpa tender terbuka. 

 

“Bagaimana mesyuarat ini boleh diadakan sehingga Ketua Pengarah SPRM Tan Sri Azam Baki turut hadir?

 

“Apa ini? Sudah jahanam mana negara ini? Saya kasihan dengan pegawai SPRM di peringkat bawah ini tiba-tiba bos mereka kautim mahu RM2 bilion,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di hadapan Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. 

 

Chegubard berkata menerusi dokumen sulit yang diterimanya, projek berkenaan mengenai penganugerahan konsesi tanpa tender. 

 

Ia berhubung penyajian makanan bermasak dan penyelenggaraan di 75 kem tentera di zon tengah dan selatan. 

 

Katanya, projek berkenaan bernilai RM366,838 sehari selama 15 tahun yang menjangkau lebih RM2 bilion. 

 

Beliau berkata projek berkenaan dianugerahkan kepada salah seorang Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 

Katanya, menerusi minit mesyuarat pada 22 Julai lalu, satu pertemuan diadakan di antara ahli parlimen itu bersama beberapa pegawai tinggi kerajaan. 

 

Ujar Chegubard, selang beberapa hari pula satu pertemuan diadakan bersama Azam dan ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador.

 

“Ini satu benda yang mengarut dan perlu kita beri masa kepada Azam dengan selesa. 

 

“RM2 bilion ini di atas kertas. Selepas setahun projek kerajaan ini akan disemak dan akan naik. Silap-silap hampir RM3 bilion,” katanya. 



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo