Zambry ketika merasmikan Konvensyen BN Perlis di sini, pada Sabtu. Foto Facebook Zambry Abdul Kadir |
KANGAR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkeyakinan BN di Perlis mampu bangkit semula menguasai negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Beliau yakin bahawa rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini berserta pimpinan parti itu di Perlis.
"Tentunya paling mustahak adalah bagaimana rakyat akan membuat penilaian terhadap kerajaan (negeri) yang ada ini dengan apa pernah dilaksana di bawah BN (dulu). Kesemua ini tentunya membuatkan rakyat akan memikirkan sebaik-baik kerajaan itu adalah daripada BN dan Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini.
"Saya yakin rakyat dapat buat perbandingan zaman BN dengan zaman (kerajaan negeri) yang ada pada hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Perlis di sini, pada Sabtu yang turut dihadiri Pengerusi BN Perlis, Datuk Rozabil Abdul Rahman.
Zambry yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata, BN di Perlis mempunyai potensi yang sangat baik untuk menawan kembali negeri itu apabila dilihat mempunyai gerak kerja disusun begitu rapi, selain semangat kerjasama yang mantap serta perpaduan dalam kalangan mereka begitu baik sekali.
Sementara itu, beliau berkata, BN akan mengadakan Konvensyen BN peringkat kebangsaan pada 30 November dan perhimpunan BN secara besar-besaran pada 7 Disember nanti. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment