KUALA LUMPUR - Part Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat lalu, bagi menuntut perisytiharan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi lima ahli Parlimen yang dipecat parti itu sebagai tidak berperlembagaan.
Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Whip parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selaku plaintif memfailkan saman itu, melalui firma guaman, Tetuan Chetan Jethwani & Company.
Kedua-dua plaintif menamakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dan lima ahli Parlimen iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) sebagai defendan pertama hingga keenam.
Menerusi dokumen saman tersebut, memohon perisytiharan antaranya Johari bertindak menyalahi peruntukan nyata Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan apabila secara salah membuat keputusan tidak berlakunya kekosongan luar jangka bagi lima kerusi Parlimen terbabit, melalui surat bertarikh 9 Julai lalu.
Dua plaintif ini turut memohon perisytiharan, bahawa mahkamah berhak memperbetulkan mana-mana tafsiran salah, termasuk tafsiran oleh Johari, atau mana-mana Speaker Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.
"Plaintif juga meminta perisytiharan, defendan pertama mematuhi peruntukan 49A(3) dengan memastikan berlaku kekosongan luar jangka bagi lima kerusi Dewan Rakyat di lima kerusi dan perlu memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari dari perintah mahkamah.
"Plaintif memohon perisytiharan, di bawah Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan, peranan dan tanggungjawab defendan pertama adalah untuk memastikan lima defendan itu tidak lagi menjadi ahli parti Bersatu sekali gus berlaku kekosongan luar jangka," katanya.
Pada 11 Julai lalu, Ahli Parlimen Labuan (Bebas), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata, enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas Johari membuat keputusan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan.
Ketika sidang media, Suhaili yang mewakili lima ahli Parlimen (defendan) itu berkata, ia berdasarkan Perkara 49A bahawa mereka tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia melanggar perkara 49A.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment