NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu intai Perak, Pahang dan Selangor



SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menolak kemungkinan akan  merampas tiga negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada sokongan yang semakin meningkat di Perak, Pahang dan Selangor.

“Di Pahang di Perak, kita dah melihat sokongan sudah meningkat. Di Selangor kita hanya kurang sedikit sahaja, kalau tidak Menteri Besar kita sudah di sini (Azmin).

“Jadi maknanya kita tidak boleh menafikan kemungkinan (untuk merampas negeri) itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpuan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Datuk Seri Radzi Jidin dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hadir sama adalah ketua-ketua sayap Bersatu iaitu Ketua Armada, Hilman Idham; Ketua Sikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua Srikandi Muda, Nurul Ezzati Azmi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengakui untuk merampas tiga negeri itu bukan mudah untuk direalisasikan namun tidak mustahil untuk dijayakan.

“Saya tahu ini tidak mudah, kita perlu jayakan. Ini bermakna tiada mustahil tapi saya faham itu sebagai satu cabaran,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu, PN memenangi empat buah negara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang mana keempat-empat negeri itu kini ditadbir Pas. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo