NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berpikiran jumud, RUU tahanan di rumah patut dibahas secara rasional - Saifuddin



KAJANG - Semua pihak diminta berfikiran terbuka dan tidak jumud apabila membicarakan isu berhubung Rang Undang-Undang (RUU) tahanan di rumah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu tidak seharusnya menjadi polemik yang boleh memecah belah masyarakat.

Ini kerana kata beliau, terdapat pihak yang mendakwa program tahanan di rumah mahu dilaksanakan semata-mata bagi membebaskan 'seseorang' daripada hukuman penjara.

"Malangnya isu tahanan rumah ini jadi tumpuan apabila orang cuma tengok yang melibatkan 'seorang' itu sahaja dan berkira hendak bebaskan orang tertentu itu.

"Apalah punya cara fikir, jumud betul. Punyalah teruk cara berfikir, dia nampak itu sahaja.

"Apabila kita buat (RUU tahanan di rumah) pasti ada rasionalnya," katanya ketika bercakap pada sesi Town Hall Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Penjara, di sini pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, individu yang dipilih bagi inisiatif tahanan di rumah hanya membabitkan mereka yang melakukan kesalahan kecil dan bukan penjenayah tegar atau kesalahan serius.

Menurutnya, kapasiti maksimum yang boleh ditampung oleh penjara pada ketika ini adalah sekitar 74,000 orang tahanan.

Namun begitu katanya, seramai 87,000 banduan menjalani hukuman di penjara dan menyebabkan kesesakan.

Jelasnya lagi, situasi tersebut adalah tidak bagus kerana berlakunya kepadatan dan tidak kondusif kepada penghuni penjara.

Menurutnya, terdapat seramai 4,800 penghuni penjara berada di luar dan menjalani tahanan dalam komuniti.



Sumber | Sinar Harian










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo