NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: 5,000 penduduk berpindah dalam tempoh kurang tiga jam



KEMAMAN - Kira-kira 5,000 mangsa banjir di tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tempat selamat dalam tempoh kurang tiga jam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, usaha memindahkan mangsa banjir dari 500 buah kediaman yang dinaiki air melibatkan kerjasama pelbagai agensi penyelamat.

Menurutnya, penduduk yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Teluk Kalong, Meraga Beris Kijal dan Kampung Labohan Kerteh mula berpindah sejak 3 petang.

"Hasil kerjasama yang baik melibatkan agensi penyelamat, kita dapat memindahkan kira-kira 5,000 penduduk ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

"Selain itu ada antara penduduk yang berpindah ke rumah saudara-mara mereka dan proses itu memakan masa dalam tempoh kurang tiga jam,"katanya yang turut membantu operasi pemindahan mangsa banjir di Perumahan Taman Rakyat Teluk Kalong pada petang Selasa.


Beliau berkata, hujan lebat hampir 14 jam sejak Isnin menyebabkan air mula melimpah ke kawasan kediaman penduduk sejak jam 2 petang tadi.

"Pasukan penyelamat mula melakukan pemantauan sejak awal pagi tadi dan kita membantu operasi memindahkan mangsa sejak jam 3 petang dengan memindahkan pesakit terlantar ibu mengandung dan warga emas ke lokasi selamat.


"Selain itu, bekalan elektrik di kawasan perumahan yang terjejas turut diputuskan sementara waktu demi keselamatan penduduk dan pasukan penyelamat," jelas beliau.

Hanyan berkata pasukan penyelamat akan terus membuat pemantauan di beberapa lokasi lain berikutan jangkaan air pasang besar setinggi 3.6 meter dijangka berlaku.

"Kita akan membuat pemantauan di beberapa kampung berdekatan muara sungai dan pantai pada malam ini," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Romzi Zakaria, 41, berkata, dia dan keluarganya merupakan antara penduduk yang terawal dipindahkan dari RMM Teluk Kalong kerana rumahnya berada di kawasan rendah.

"Air naik sangat cepat, mujurlah saya sempat bawa isteri dan anak-anak ke PPS lebih awal kerana bimbang perkara buruk berlaku.

"Hanya dalam tempoh kurang dua jam kawasan rumah saya sudah dinaiki air hingga satu meter," katanya.



Sumber | Sinar Harian 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo